Isnin, 11 Ogos 2025
PERJALANAN DUNIA KECIL KITA
Assalamualaikum, YaALLAH, Alhamdulillah.... kerana diberikan aku peluang untuk
menjalani perjalanan hidup bersama-sama keluarga.. hari ini 2025, 1447H ibu dah
berumur 45 tahun, ayah 47 tahun, A'an 20 tahun dan Dhiya 15 tahun..
Alhamdulillah YaALLAH... banyak kebahagiaan yang DIA bagi.. walaupun
diselangselikan kedukaan kecil... dugaan tetap ada dalam setiap ibubapa
membesarkan anak. Membesarkan anak bujang lain caranya, anak dara lain caranya..
tapi ibu bersyukur, kerana DIA bagi petunjuk awal kepada ibu dan ayah sebelum
menjadi lebih buruk.. hakikatnya memang sukar untuk terima.. tapi berbalik
semuala takdir yang DIA dah aturkan, ibu ayah masih diberikan peluang untuk
mengubah semula untuk memperbetulkan keadaan. Ibu dan Ayah dah makin berusia...
dah mule rase sakit situ sana..alhamdulillah..
A'an kini sambung belajar di IKBN di Kedah... jauh perginya.. rindu itu
semestinya.. tapi ibu ayah relakan demi masa depan A'an.. boleh dikatakan ibu
ayah akan ulang 5-6 jam perjalanan ke sana hampir setiap bulan.
Dhiya pulak dah Form 3, dah boleh jadi kawan ibu.. jadi tempat ibu berkongsi
rasa..
Alhamdulillah YaALLAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan