Isnin, 29 Jun 2009

TABIKA KEMAS A'AN

Alhamdulillah....setakat 2 minggu ini,memang senang menyiapkan A'an ke sekolah. Tiap-tiap pagi,jam 6.15 je automatik bangun..Tak susahlah ibu nak gerak, mandi,gosok gigi...Minta-minta biarlah sampai bila-bila macam tu.. Perubahan yang ketara sejak A'an sekolah ni..A'an nampak berdisplin dan berani. Tiap-tiap hari jam 1 jer ibu dan ayah mesti tel A'an, nak tanye arini belajar ape..A'an mesti ucapkan ibu ayah jangan lupe ambil A'an petang nanti ye..Sayu je hati ibu mendengarnya. Boleh dikatakan tiap-tiap hari A'an dibekalkan kerja untuk dibuat dirumah,mujurla mahu menyiapkan tugasannya. Sayangnya A'an masuk sekolah di pertengahan tahun..sebab silives kanak-kanak lain dah boleh membaca sukukata..disebabkan itu..dirumah A'an cuba untuk membunyikan sukukata...tapi tak berapa betul. Terpaksalah ibu dan ayah memainkan peranan.
Masuk minggu kedua persekolahan disekolah belajar tentang serangga...Rama,lebah dan macam-macam lagi...bile dalam perjalanan balik kerumah,A'an nyanyi lagu ini "Ra ra ra rama( 2x) Terbang kesini kesana...Le le le lebah (2x) Terbang keatas kebawah..U u u ular (2x) Bergolek-golek....U u u ulat (2x) menguit-nguit...." Pastu bile ibu jumpe cikgu dipejabat,ibu citerla yang lagu A'an nyanyi tu...Pastu cikgu kata, Cikgu takde ajar lagu tu... cume cikgu menyebut macamana serangga tu bergerak...tak sangka pulak A'an pandai jadikan lagu. memang menggelikan hati bile tengok di menari lagu tu...A'an..A'an...

Rabu, 17 Jun 2009

PENGALAMAN PERTAMA BERSEKOLAH

16hb Jun 2009_hari pertama A'an ke sekolah..Ibu dan ayah ambil time off untuk hantar A'an kesekolah.A'an sekolah di TABIKA KEMAS Kg Changkat Jong. Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar..A'an senang bergaul dengan rakan-rakan. Kiranya A'an cepat sesuaikan diri di sekolah.Cikgu A'an, Cikgu Nor Anisah pun pandai menyesuaikan pelajar baru dengan pelajar sedia adanya. Jam 9.00 pagi ibu dan ayah pergi pejabat semula..Mula-mula nak tinggalkan A'an di sekolah, hati ibu sayu sangat. Bila dah balik A'an citer semua pengalaman pertamanya di sekolah. Firstday dah ada kerja sekolah. Sampai pukul 10 malam menyiapkannya.
17hb Jun 2009_ Pagi-pagi lagi A'an dah bangun..x-cited sangat nak kesekolah,pagar belum buka lagi dah sibuk nak turun kereta. Terima kasih A'an sebab bagi ibu satu pengalaman manis sangat menghantar anak ke sekolah.

Isnin, 8 Jun 2009

A'AN DAH NAK SEKOLAH

Mungkin dah diatur olehNYA...seseorang kanak-kanak tu bila tiba masanya, akan menunjuk minat untuk belajar. Sekarang ni A'an dah mahu manulis.Mulanya ibu risau juga bila A'an tak mahu menulis dan kesekolah. Tapi semenjak dua menjak ni nampaknya asyik sebut nak pergi sekolah... INSYAALLAH mula penggal baru ni ibu dan ayah nak hantar A'an ke sekolah. Ibu dah daftarkan A'an di TABIKA kat rumah kite sebenarnya. Tapi masa awal tahun haritu A'an tak nak sekolah, Sekarang ni ibu daftar dekat TABIKA kat Kampung..Ibu dah cakap dekat cikgu anis, Tak payah ubah silives ...anggap A'an ni nak biasakan diri di sekolah. Rasanye sekarang ni kanak-kanak lain dah mula belajar membaca.Minta-minta elok la dia di sekolah tu nanti. Jangan hari sekolah esok meragam tak nak pula sudah.

Rabu, 3 Jun 2009

BIRTHDAY RANIA FIRDAUS

Semalam balik dari kerja jam 5. Ayah bagitahu ibu achik Aus buat birthday parti untuk adik Rania yang 1 tahun petang tu. Ibu n ayah pun dah sediakan hadiah untuk Rania (ladybug) macam Aan punye..tapi warna kuning. Cepat-cepat ambil Aan kat rumah opah...terus ke tapah..punyela penat...comel sangat adik Rania...Walau pun partinya kecil-kecilan tapi meriah...ramai sangat kawan-kawan achik nor yang datang....Apepun hepi beday adik Rania....
Balik tu,masing-masing dah kenyang,jadi ibu tak masak...lepas magrib,ibu suruh Aan ambil buku huruf besar...sekarang ni Aan baru belajar tulis huruf B. Bolehla....baru belajar la katakan...Tapi..nak siapkan satu muka surat pun payah...macam-macam alasan diberi..penatla,tangan Aan kecikla..Bila dah siap separuh je,Aan bagi alasan lapar...makenye,ibu tak masak. Jadi ayah kate jom kite kuar...bile di tanye Aan nak makan ape?jawapannye Bugger....belila bugger.Jadila....