Isnin, 11 Ogos 2025

PERJALANAN DUNIA KECIL KITA

Assalamualaikum, YaALLAH, Alhamdulillah.... kerana diberikan aku peluang untuk menjalani perjalanan hidup bersama-sama keluarga.. hari ini 2025, 1447H ibu dah berumur 45 tahun, ayah 47 tahun, A'an 20 tahun dan Dhiya 15 tahun.. Alhamdulillah YaALLAH... banyak kebahagiaan yang DIA bagi.. walaupun diselangselikan kedukaan kecil... dugaan tetap ada dalam setiap ibubapa membesarkan anak. Membesarkan anak bujang lain caranya, anak dara lain caranya.. tapi ibu bersyukur, kerana DIA bagi petunjuk awal kepada ibu dan ayah sebelum menjadi lebih buruk.. hakikatnya memang sukar untuk terima.. tapi berbalik semuala takdir yang DIA dah aturkan, ibu ayah masih diberikan peluang untuk mengubah semula untuk memperbetulkan keadaan. Ibu dan Ayah dah makin berusia... dah mule rase sakit situ sana..alhamdulillah..
A'an kini sambung belajar di IKBN di Kedah... jauh perginya.. rindu itu semestinya.. tapi ibu ayah relakan demi masa depan A'an.. boleh dikatakan ibu ayah akan ulang 5-6 jam perjalanan ke sana hampir setiap bulan.
Dhiya pulak dah Form 3, dah boleh jadi kawan ibu.. jadi tempat ibu berkongsi rasa..
Alhamdulillah YaALLAH...