Isnin, 16 Januari 2012

A'an masuk alam Sekolah Baru

A'an mula bersekolah tabika masa umur 4 1/2 tahun...Setelah 2 tahun 1/2 bersekolah tabika, pencapaian yang tertinggi diraih anak bujang ibu ni...


Umur 5 tahun... A'an mewakili KEMAS Parlimen Tk Intan dalam pertandingan bercerita " Burung dan Semut " dapat tempat kedua bagi peringkat KEMAS Daerah

Umur 6 Tahun... A'an mewakili KEMAS Daerah Hilir Perak dalam pertandingan Gerakrama bagi peringkat KEMAS Negeri Perak.

A'an juga adalah kanak-kanak cemerlang bagi TABIKAnya dan menjadi kanak-kanak cemerlang kedua di peringkat Parlimen.


Hasil pembelajaran di TABIKA, A'an dah boleh membaca dengan lancar... boleh menjawab soalan matematik (menambah dan menolak )....Boleh membaca doa, dan boleh mengenal huruf-huruf jawi..


Dalam umur 6 tahun juga A'an dah masuk Sekolah Agama Rakyat...cuma kedatangan je yang tidak cukup memuaskan...sebab kurang sihat.. dan hasil pembelajaran di sekolah ini, A'an dah boleh membaca jawi dengan lancar...ini yang ibu dan ayah amat teruja dengan Tanda Cinta ibu

ini..


Dan hujung dalam sebulan ini, ibu dan ayah dah hantar A'an ke pusat pengajian Ar-Rayan Taman Melor untuk pengajian Al-Quran dan Tajwid...Alhamdulillah...sebab A'an dah kenal huruf.. sekarang ni dah boleh mengaji dan mengenal bacaan mengikut harakatnya..Masa ayah jumpa Ustaz Ridzuan untuk yuran dan bertanya perkembangan A'an, Ustaz tu bagitahu ayah, " anak tuan ni mempunyai suara yang sedap, dan berpotensi.. ustaz tu nak cuba untuk mengasah kebolehan A'an dengan bacaan yang bertaranum" Alhamdulillah...Ayah kate, cubalah ustaz sedaya yang mungkin untuk kebaikan A'an...

4 Januari 2012 Akhirnya kini abang A'an masuk ke alam sekolah rendah..



Dah besar anak ibu... Ibu harap pencapaian yang A'an ada ini berguna di sekolah baru A'an, dan A'an akan dapat pencapaian yang bertambah tinggu untuk diri A'an...

Setelah seminggu persekolahan, A'an demam..mungkin sebab terkejut dan letih.. pagi jam 6 dah bagun mandi..sekolah jam 7.10 sampai jam 1.30 ptg...2.30 ptg sampai 6.00 petang Sekolah Agama...jam 8 sampai jam 9.30 mengaji...balik rumah siap kerja sekolah...kesian pulak ibu dan ayah tengok..


semoga A'an kuat sayang....Ibu selalu cakap dengan ayah...ALLAH dah bagi tanda cinta yang cukup sempurna, cukup hebat pada ibu dan ayah...cuma ibu takut kalau-kalau ibu dah ayah yang mencacat celakan lukisan yang cukup menarik itu...


Ya ALLAH berikan lah kami kekuatan, kesabaran dalam mendidik tanda-tanda cinta kami yang engkau anugerahkan ini..Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan