MOHAMAD ADIB FIRHAN BIN MOHD FAAIZ.......... 31.1.2011 Genablah anak ibu berumur 6 tahun... YAALLAH..kau jadikanlah A'an sihat selalu, jadi anak yang beriman, beramal, berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh dan abang yang berakhlak baik untuk jadi teladan pada adiknya D'ya nanti... Jauhkanlah A'an dari anasir-anasir jahat yang boleh memesongkan akhlak dan akidahnya sebagai hambamu dimuka bumi ini...AMIN....
*
*
A'an,
Ibu harapkan A'an yang akan menjadi tulang belakang ibu untuk menjaga D'ya..sekiranya ibu dan ayah tak de lagi...
Ibu harapkan A'an menjadi contoh yang terbaik pada D'ya dalam semua aspek...
Ibu harapkan A'an jangan lupe ibu dan ayah....dan D'ya....
Ibu terlalu sayangkan A'an.... A'an terlalu sempurna untuk ibu dan ayah...
*
*
A'an,
Ibu nak minta maaf, sekiranya ibu dan ayah tak dapat jadi ibu dan ayah yang terbaik didunia untuk A'an..
Ibu minta maaf sekiranya kasih sayang yang ibu berikan tak mencukupi untuk A'an..
Ibu minta maaf sekiranya terdapat ketidak sempurnaan dalam mendidik A'an...
Ibu minta maaf sekiranya ibu pernah menyakiti fizikal atau mental A'an..
*
*
A'an,
Abadikanlah kenangan ibu dan ayah dalam diri A'an..seandainya ibu dan ayah tiada lagi...
Jadilah anak dan abang yang baik sayang....Walaupun suatu hari nanti A'an ada melakukan kesalahan besar atau kecil pada ibu dan ayah.... sekiranya ibu dan ayah tiada lagi.... ketahuilah sayang... ibu tetap dan telah memaafkan mu sayang...
*
*
Ibu Sayang A'an
( Kek A'an...Ayah yang pilih )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan