Isnin, 29 Jun 2009

TABIKA KEMAS A'AN

Alhamdulillah....setakat 2 minggu ini,memang senang menyiapkan A'an ke sekolah. Tiap-tiap pagi,jam 6.15 je automatik bangun..Tak susahlah ibu nak gerak, mandi,gosok gigi...Minta-minta biarlah sampai bila-bila macam tu.. Perubahan yang ketara sejak A'an sekolah ni..A'an nampak berdisplin dan berani. Tiap-tiap hari jam 1 jer ibu dan ayah mesti tel A'an, nak tanye arini belajar ape..A'an mesti ucapkan ibu ayah jangan lupe ambil A'an petang nanti ye..Sayu je hati ibu mendengarnya. Boleh dikatakan tiap-tiap hari A'an dibekalkan kerja untuk dibuat dirumah,mujurla mahu menyiapkan tugasannya. Sayangnya A'an masuk sekolah di pertengahan tahun..sebab silives kanak-kanak lain dah boleh membaca sukukata..disebabkan itu..dirumah A'an cuba untuk membunyikan sukukata...tapi tak berapa betul. Terpaksalah ibu dan ayah memainkan peranan.
Masuk minggu kedua persekolahan disekolah belajar tentang serangga...Rama,lebah dan macam-macam lagi...bile dalam perjalanan balik kerumah,A'an nyanyi lagu ini "Ra ra ra rama( 2x) Terbang kesini kesana...Le le le lebah (2x) Terbang keatas kebawah..U u u ular (2x) Bergolek-golek....U u u ulat (2x) menguit-nguit...." Pastu bile ibu jumpe cikgu dipejabat,ibu citerla yang lagu A'an nyanyi tu...Pastu cikgu kata, Cikgu takde ajar lagu tu... cume cikgu menyebut macamana serangga tu bergerak...tak sangka pulak A'an pandai jadikan lagu. memang menggelikan hati bile tengok di menari lagu tu...A'an..A'an...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan